- Iklan -
Berita

354 kes Covid-19 hari ini, 6 kematian baru direkodkan

Seramai 188 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penduduk di mukim Klang mematuhi SOP selepas kawasan itu dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat.
Penduduk di mukim Klang mematuhi SOP selepas kawasan itu dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Kes positif jangkitan Covid-19 dalam negara terus mencapai angka tiga digit dengan 354 kes dilaporkan hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 14,722 dengan 3,863 kes aktif. Daripada jumlah itu, sebanyak 352 merupakan kes penularan tempatan dan 2 kes import.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu terdapat enam kematian akibat wabak itu dilaporkan menjadikan jumlah korban keseluruhan terkini sebanyak 152 kes.

Katanya, sebanyak 188 kes sembuh dan menjadikan jumlah komulatif kes Covid-19 pulih sepenuhnya 10,707 atau 72.7% daripada keseluruhan kes.

Tambahnya, terdapat pertambahan tiga kluster baru dikesan melibatkan hasil saringan pulang dari kawasan berisiko di Sabah.

Kluster Atap dikenal pasti di daerah Kota Kinabalu daripada kes indeks 12880. Sehingga kini, seramai 49 individu disaring dengan empat orang disahkan positif, 36 negatif dan sembilan individu masih menunggu keputusan.

Kluster kedua iaitu Bah Lada melibatkan kes indeks 12374 dan 13978, masing-masing di daerah Perak Tengah dan Hilir Perak. Sehingga kini, seramai 41 individu selesai menjalani saringan dengan empat orang positif dan 31 disahkan negatif jangkitan.

Manakala, kluster Bah Sahabat dikesan di daerah Marang, Terengganu melibatkan kes indeks 10766 dan 10767 yang pulang dari Sabah pada 25 September lalu. Setakat ini, seramai 10 individu disahkan positif dan 34 lagi negatif wabak berkenaan.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.