Thursday, October 29, 2020

1MDB syarikat jaga kepentingan Najib, dana Umno

Other News

How to avoid pandemic polls? Senior officials tongue-tied in meeting with PM

No clear solution proposed on how to conduct impending election in Sarawak.

Bagaimana elak pilihan raya musim pandemik? Pegawai kerajaan kelu bila ditanya PM

Masih belum ada jalan penyelesaian tentang SOP pilihan raya Sarawak tahun depan.

Ahli Parlimen PKR pertikaikan titah Agong secara terbuka

Hassan menegaskan ahli-ahli parlimen mestilah bebas untuk membuat keputusan di dalam sidang Parlimen termasuk Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021, KKM perlu peruntukan tambahan

KKM rancang tubuh hospital penyakit berjangkit jika diberi peruntukan itu.

801 kes baru Covid-19, 573 dilaporkan pulih

Sabah kekal negeri tertinggi catat jangkitan baru Covid-19.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam diberitahu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah syarikat untuk menjaga kepentingan Najib Razak dan bagi menjana dana untuk parti Umno.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa beliau berkhidmat di syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-10 itu berkata beliau tidak pernah dijelaskan bagaimana cara Jho Low dan Najib mendapatkan dana itu.

“Saya mahu nyatakan di sini bahawa sejak awal lagi semasa menyertai 1MDB, dan diberitahu oleh Azlin (Azlin Alias, ketua setiausaha sulit Najib) bahawa syarikat ini adalah untuk menjaga kepentingan Najib dan parti Umno, saya memang mencurigai bahawa dana syarikat akan disalahgunakan.

“Tetapi pada pendapat saya, dana-dana yang disalahgunakan ini kemudian akan dipulangkan balik kepada syarikat dalam jangka masa yang tertentu.

“Perkara ini ini boleh terjadi apabila ada pelaburan yang dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah (BOD) dan pemegang saham, dan kuasa diberikan kepada mana-mana pengurus untuk menguruskan pelaburan ini.

“Yang mana beberapa daripada jumlah wang dana untuk pelaburan akan digunakan untuk membiayai Umno, dan yang selainnya akan dilaburkan dengan harapan ia mendapat pulangan untuk menggantikan wang yang digunakan untuk Umno,” katanya  dalam penyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Najib  membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Saksi itu juga berkata beliau mula memikirkan kembali peranan-peranan Jho Low, Jasmine Loo, dan Terence Geh (kedua-duanya pegurus kanan 1MDB) yang memanipulasikan pengurusan 1MDB pada ketika itu dan beliau yakin mereka ini tahu berkenaan perkara berkenaan dan sebab itulah mereka telah menghilangkan diri.

“Mereka inilah yang sangat aktif menguruskan hal-hal dokumentasi yang diperlukan, seperti yang diarahkan oleh Jho Low. Saya tidak menyangka bahawa saya sendiri terlepas pandang ataupun terpedaya dengan perkara ini.

“Ini kerana semua perancangan yang dibuat adalah seolah-olah perancangan yang baik dan betul, tetapi saya memang merasa curiga apabila banyak dana diterbitkan melalui hutang dengan menggunakan alasan untuk membiayai projek. Malahan dana yang dipinjam juga ada yang melebihi daripada keperluan.

“Saya pasti ‘mastermind’ (dalang) untuk rancangan ini ialah Jho Low, kerana saya tahu beliau yang buat semua rancangan perniagaan, tetapi saya tidak pernah tahu bahawa mereka merancang untuk menyalahgunakan kewangan syarikat di luar negara,” katanya.

Mohd Hazem berkata beliau juga tidak pernah diberitahu tentang bagaimana perancangan atau pengurusan dana yang diterbitkan di luar negara akan digunakan ataupun dibelanjakan.

Katanya sepanjang beliau berkerja di 1MDB, beliau selalu diberikan ‘presentasi’ (taklimat) dan penyata dana luar negara terutamanya apabila 1MDB perlu menutup akaun tahunan.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

 

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Goldman Sachs agrees to largest penalty ever in 1MDB scandal

The company says it will also demand repayment of US$174 million in salary and bonuses paid to current and former executives.

HK regulator fines Goldman Sachs US$350 million over 1MDB

Goldman has accepted the findings, leading to an early resolution of the disciplinary action.

Umno Selangor fail bantahan pelucutan hak wang RM2.7 juta

Wang yang disita itu didakwa ada kaitan dengan skandal penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas pengumpul dana Trump mengaku bersalah melobi gugurkan siasatan 1MDB

Beliau menerima berjuta-juta dollar untuk melobi pentadbiran Trump.

Ex-Trump fundraiser pleads guilty to illicit lobbying on 1MDB, China

The indictment says Elliott Broidy was recruited in 2017 by an unnamed foreign national, understood to be Jho Low, to pressure US officials to end their investigation of the 1MDB scandal.