Friday, February 26, 2021

4.2 juta rakyat Malaysia belum daftar mengundi

Other News

Kes positif Covid-19 meningkat lebih 2,000 semula

11 lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah 1,111 kes.

Daily cases back over 2,000, death toll up by 11

2,253 new cases, 3,085 recoveries.

Glove giant Top Glove applies for Hong Kong listing

Top Glove hopes the listing will enable it to raise capital for its global business growth, as well as worldwide expansion and strategic investments.

Projek lebuh raya kontroversi diteruskan walaupun bantahan meningkat?

Pengkritik mengatakan projek PJD Link hampir menyerupai pojek Kidex yang dibatalkan kerana bantahan kuat pada 2015.

Controversial highway project set to go ahead despite growing protests?

Critics say the PJD Link is almost identitcal to the Kidex project cancelled amid strong opposition in 2015.

Seramai 4.2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi, masih belum mendaftar sebagai pemilih, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Shabudin Yahaya.

Beliau berkata angka itu mewakili 22% daripada jumlah keseluruhan warga Malaysia yang layak mengundi ketika ini.

“Kita hadapi satu masalah yang memerlukan semua pihak memainkan peranan bersama kerana masih terdapat 4.2 juta rakyat negara ini yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pengundi.

“Jumlah ini tidak bagus untuk perkembangan daftar pemilih. Ketika ini kita mempunyai pengundi berusia 21 tahun ke atas lebih kurang 15 juta orang dan kalau kita laksanakan sistem undi 18 tahun, kita akan menambah jumlah pengundi antara enam hingga tujuh juta,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ismail Yusop yang bertanyakan langkah kerajaan dalam memperkasakan pengundi baharu sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun.

Shabudin berkata tanggungjawab untuk menyedarkan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi tidak harus diletakkan di bahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata, sebaliknya perlu digalas bersama semua pihak seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik.

Katanya di pihak kerajaan sendiri khususnya SPR, pelbagai kempen dan program dilaksanakan termasuk program pendaftaran secara dalam talian menerusi https://mysprdaftar.spr.gov.my yang dilancarkan pada 18 Julai tahun lepas yang mendapat sambutan dalam kalangan pengundi muda khasnya.

Terdahulu, menjawab soalan Ismail yang ingin tahu persediaan yang sudah dan akan dilakukan kerajaan terhadap pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun, Shabudin berkata SPR kini dalam persiapan melaksanakan kelayakan undi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik berdasarkan pindaan Perkara 119(4) Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan Parlimen sebelum ini.

Menurutnya, persiapan itu meliputi pindaan pada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2001 dan undang-undang yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan infrastruktur bagi pelaksanaan kedua-dua perkara itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Art Harun terkejut dengan sikap rakan-rakan selepas dilantik speaker

Bekas peguam itu menceritakan hal peribadinya termasuk bagaimana proses pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat dijadikan isu peribadi.

Speaker Dewan Rakyat persoal dakwaan Tommy Thomas tentang reformasi SPR

Azhar didakwa menentang usaha untuk meminda undang-undang yang membenarkan orang awam mencabar keputusan SPR semasa pilihan raya.

Pendaftaran parti politik seharusnya diuruskan SPR, bukan RoS

Adalah suatu yang bercanggah apabila pilihan raya diadakan tetapi parti politik dipersulitkan untuk ditubuhkan.

Pengerusi, bekas pengerusi Bersih 2.0 sambut baik cadangan reformasi pilihan raya ERC

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menerbitkan kesemua 49 syor yang dikemukakan ERC.

Benarkan pemerhati antarabangsa, kata ERC kepada Putrajaya

ERC turut mencadangkan agar pendaftaran pengundi dilakukan secara automatik dan setiap calon hanya dibenarkan bertanding di satu kerusi.