Saturday, November 28, 2020

Sarawak wajibkan semua ketibaan luar negara jalani kuarantin

Other News

1,315 kes baru Covid-19, 1,110 pulih, 4 lagi kematian dilaporkan

Sebanyak 11,508 kes aktif direkodkan.

1,315 new cases, 476 in Sabah

Four more deaths take virus toll to 354.

Peruntukan “durian runtuh” Jasa dicantas separuh selepas nama, imej ditukar

Pengumuman pengurangan itu dijangka diumumkan ketika ucapan penggulungan peringkat jawatankuasa minggu depan.

With new name and image, Jasa’s ‘windfall’ budget to be halved

The RM85.5 million allocation, which came under criticism following its announcement on Nov 6, could be cut down by RM40 million, sources say.

Pengusaha tadika terjejas ‘terkapai-kapai’ tanpa bantuan

Pengusaha luah kekesalan kerana tidak diberikan bantuan kerajaan walaupun terjejas teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Semua ketibaan dari luar negara di pintu masuk Sarawak diwajibkan melalui tempoh kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan oleh kerajaan negeri berkenaan, berkuatkuasa semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata mereka yang terlibat juga perlu menjalani ujian saringan pada hari kedua dan hari kesepuluh.

“Kos kuarantin bagi rakyat Sarawak akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri manakala bagi bukan rakyat Sarawak, kos kuarantin adalah atas tanggungan sendiri,” katanya dalam kenyataan berhubung PKPP hari ini.

Bagi warga Malaysia yang tiba di pintu masuk Sarawak, mereka dibenarkan masuk tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, namun mereka perlu mengisi borang deklarasi kesihatan secara dalam talian (e-HDF) terlebih dahulu yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sejak 24 Julai lepas hingga semalam seramai 21,217 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Kesemua mereka telah ditempatkan di 70 Hotel dan empat Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 8,801 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 66 individu dihantar ke hospital untuk rawatan,dan 12,350 individu dibenarkan pulang.

Mereka pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Mengenai Task Force Operasi Pematuhan, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 39 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Daripada jumlah itu seramai 27 individu dikompaun manakala tujuh individu pula direman dan lima orang dijamin.

“Antara kesalahan termasuk gagal menyediakan peralatan atau catatan keluar masuk (enam), tidak memakai pelitup muka (13), premis beroperasi lebih masa (lima), menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah (lima), serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (10).

Menyentuh mengenai Operasi Benteng, beliau berkata PDRM mengadakan 62 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 27,379 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin terutamanya di lorong tikus, bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles

Polis tahan 3 suspek ugut pegawai kastam guna peluru hidup

Kesemua suspek kini dalam tahanan reman selama empat hari untuk siasatan selanjutnya sehingga 1 Disember ini.

Top Glove told to screen over 2,000 workers living outside EMCO area

Minister Ismail Sabri Yaakob says this is to prevent the spread of the pandemic in community areas.

Govt mulls screening foreign workers every 2 weeks

Senior Minister for Security Ismail Sabri Yaakob says for now, the priority will be screening foreign workers in CMCO states.

Kerajaan kaji semula bantuan kewangan bulanan JKM 

Kementerian komited meneliti dan mengurangkan proses birokrasi dengan memendekkan tempoh kelulusan permohonan.

Kementerian pertahanan cadang ‘hidupkan semula’ PLKN

PLKN terbukti beri kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja yang menyertai program berkenaan.