- Iklan -
Berita

69% pengundi puas hati prestasi Muhyiddin

Tujuh daripada 10 pengundi di Malaysia berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sejak awal Mac lalu, menurut tinjauan dijalankan Merdeka Centre. Ketua Penyelidik Merdeka Centre Ibrahim Suffian turut berkata, sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak memberikan perdana menteri pujian. “Sebanyak 69% pengundi Malaysia berasa Muhyiddin sudah melakukan […]

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Facebook
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Facebook

Tujuh daripada 10 pengundi di Malaysia berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sejak awal Mac lalu, menurut tinjauan dijalankan Merdeka Centre.

Ketua Penyelidik Merdeka Centre Ibrahim Suffian turut berkata, sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak memberikan perdana menteri pujian.

“Sebanyak 69% pengundi Malaysia berasa Muhyiddin sudah melakukan tugas hebat sebagai perdana menteri dan 65% pengundi India dan 33% Cina berpuas hati dengannya,” kata Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Merdeka Centre menjalankan tinjauan tersebut antara 15 Julai hingga 10 Ogos 2020 untuk mengukur persepsi pengundi terhadap ekonomi, kepemimpinan dan isu semasa di Malaysia.

3,415 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 52% Melayu, 29% Cina, 7% India, 6% Bumiputera beragama Islam dan 6% Bumiputera bukan Islam (dari Sabah dan Sarawak) mengambil bahagian dalam tinjauan ini.

Menurut Ibrahim, kecenderungan serupa juga didapati dalam penilaian awam kerajaan persekutuan pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, responden berpendapatan kurang daripada RM2,000 menyatakan pandangan positif terhadap kerajaan PN.

“Menariknya, jurang pendapatan adalah salah satu petunjuk untuk membezakan siapa yang setuju atau tidak setuju dengan prestasi kerajaan.

“Kira-kira tiga perempat daripada responden pendapatan isi rumah kurang RM2,000 sebulan menyatakan pandangan positif terhadap kerajaan persekutuan tetapi hanya 40% positif di kalangan pendapatan isi rumah lebih tinggi daripada RM7,000 sebulan.

“Sebanyak 58% pengundi gembira dengan prestasi kerajaan PN yang dipimpin oleh perdana menteri sementara 28% tidak berpuas hati dan marah,” katanya.

PN menggantikan Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2020 selepas perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Sepanjang pemerintahannya, Dr Mahathir seringkali didesak PKR yang turut menganggotai PH supaya meletakan jawatan bagi memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim.