- Iklan -
Rencana

Tindakan tegas perlu diambil jika gagal patuhi peraturan penjarakan sosial

Ia merupakan salah satu langkah daripada tiga asas pencegahan yang perlu dipatuhi selain membasuh tangan dan memakai pelitup muka.

Mohideen Abdul Kader
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melakukan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam.
Orang ramai melakukan penjarakan sosial ketika menggunakan pengangkutan awam.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) Malaysia dan polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang masih gagal untuk mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Ia merupakan salah satu langkah daripada tiga asas pencegahan yang perlu dipatuhi selain membasuh tangan dan memakai pelitup muka.

Tinjauan yang dijalankan di beberapa pasar basah di Pulau Pinang mendapati kebanyakan pembeli hanya memberikan tumpuan kepada pemilihan barangan dan tidak mempedulikan sepenuhnya peraturan penjarakan sosial.

Diketahui bahawa Covid-19 amat mudah menjangkiti dan berpotensi membunuh, penjarakan sosial juga dipanggil “penjarakan fizikal”, amat penting memandangkan ia mengurangkan risiko bersentuhan dengan coronavirus.

Penjarakan sosial bermaksud mengekalkan jarak selamat antara diri anda dan orang lain yang bukan datangnya daripada isi rumah anda.

Untuk mengamalkan penjarakan fizikal atau sosial, kekalkan jarak 6 kaki (kira-kira 2 panjang lengan) daripada orang lain yang bukan daripada isirumah anda di ruang dalaman atau luaran.

Ia merupakan langkah pencegahan untuk mengurangkan penularan Covid-19 bawaan udara.

Bilangan kes pandemik Covid-19 tidak dapat dikurangkan jika tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka yang gagal untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kementerian kesihatan.

Oleh sebab itu, kami menggesa kerjasama orang ramai dalam usaha untuk mengurangkan bilangan jangkitan harian.

Mohideen Abdul Kader merupakan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

* Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis yang tidak semestinya mencerminkan pendirian MalaysiaNow.