- Iklan -
Luar Sana

SPR Pakistan keluar waran tangkap tidak boleh dijamin terhadap Imran Khan

Khan berdepan pelbagai pertuduhan di pelbagai institusi dan mahkamah sejak beliau disingkirkan, termasuk rasuah, pembunuhan dan hasutan.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan berhenti seketika sewaktu bercakap dengan Reuters semasa wawancara, di Lahore, Pakistan 17 Mac. Gambar: Reuters
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan berhenti seketika sewaktu bercakap dengan Reuters semasa wawancara, di Lahore, Pakistan 17 Mac. Gambar: Reuters

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pakistan telah mengeluarkan waran tangkap yang tidak boleh diikat jamin ke atas bekas perdana menteri Imran Khan, lapor Geo News semalam.

Waran tangkap itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri sekatan undang-undang terhadap ahli politik itu.

Pada Mei lalu, Khan ditahan pihak berkuasa Pakistan berhubung kes rasuah.

Ia mencetuskan pergolakan berdarah di seluruh negara. 

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin dalam beberapa hari. 

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan arahan SPR itu berkait kes apa dan dan sama ada polis akan bertindak ke atas waran itu. 

Geo tidak mendedahkan sumber laporannya. 

Khan berdepan pelbagai pertuduhan di pelbagai institusi dan mahkamah sejak beliau disingkirkan, termasuk rasuah, pembunuhan dan hasutan. 

Terbaru dalam rentetan kes berlaku minggu lalu apabila menteri dalam negeri Pakistan berkata kerajaan akan membuka prosiding jenayah terhadap Khan atas tuduhan mendedahkan rahsia rasmi, berhubung surat-menyurat diplomatik antara Washington dan Islamabad.