- Iklan -
Luar Sana

Move Foward beri laluan kepada rakan pakatan bentuk kerajaan baru

Parti itu berjanji untuk menyokong mana-mana calon yang dikemukakan Pheu Thai untuk jawatan perdana menteri, selepas calonnya sendiri gagal mendapat sokongan di Parlimen.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang penyokong memegang sepanduk yang menggambarkan wajah pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat pada hari pengundian kedua untuk jawatan perdana menteri baharu, di Parlimen di Bangkok, Thailand, 19 Julai. Gambar: Reuters
Seorang penyokong memegang sepanduk yang menggambarkan wajah pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat pada hari pengundian kedua untuk jawatan perdana menteri baharu, di Parlimen di Bangkok, Thailand, 19 Julai. Gambar: Reuters

Parti Move Forward yang memenangi pilihan raya umum Thailand akan membenarkan rakan perikatannya, parti Pheu Thai, mengetuai pembentukan kerajaan selepas calon perdana menterinya gagal mendapat sokongan di Parlimen, kata seorang pegawai kanan pada Jumaat. 

Setiausaha parti Chaithawat Tulathon pada sidang akhbar memaklumkan bahawa Move Forward akan menyokong mana-mana calon Pheu Thai yang akan dikemukakan untuk perdana menteri dalam undian Parlimen yang dijadualkan pada 27 Julai ini. 

Perikatan lapan parti itu telah menyokong pemimpin Move Forward, Pita Limjaroenrat yang berusia 42 tahun untuk jawatan perdana menteri tetapi beliau gagal memenangi sokongan Parlimen Dwikameral pada 13 Julai dan pencalonan semulanya enam hari kemudian disekat oleh ahli Parlimen. 

Move Forward dan Pheu Thai masing-masing mempunyai 151 dan 141 kerusi dalam dewan rendah yang terdiri 500 anggota, tetapi perikatan itu memerlukan sokongan lebih separuh daripada dewan gabungan, termasuk Senator yang dilantik tentera, yang menghalang usaha Pita.

Parti liberal, Move Forward memenangi pilihan raya Mei lalu, menumpaskan lawan konservatifnya dalam penolakan awam yang jelas terhadap hampir sembilan tahun kerajaan disokong tentera. 

Dasar progresifnya seperti menamatkan monopoli perniagaan dan meminda undang-undang kontroversi terhadap penghinaan raja mencabar tentera dan elit politik lama.