- Iklan -
Luar Sana

2 maut dalam insiden tembakan di Jepun

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan di kemudahan Pasukan Pertahanan Diri Darat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota tentera dari Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun dilihat di sekitar kawasan kejadian tembakan, di mana seorang anggota remaja ditahan kerana disyaki cuba membunuh selepas insiden tembakan itu, di Gifu, Jepun, 14 Jun. Gambar: Reuters

Dua anggota tentera dari Pasukan Pertahanan Diri Darat (GSDF) maut dan seorang lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di lapang sasar GSDF di Gifu City di tengah Jepun pada Rabu, lapor Xinhua memetik penyiar NHK.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan di kemudahan GSDF, menurut  penyiasat.

Seorang anggota lelaki GSDF berusia 18 tahun yang didakwa melepaskan tembakan itu sudah pun ditahan di lokasi kejadian dan akan didakwa atas cubaan membunuh. 

Mangsa termasuk seorang lelaki dalam lingkungan 50-an dan dua lagi dalam lingkungan 20-an dan tiada kematian melibatkan orang awam, menurut laporan itu.