Korea Selatan tamatkan hampir semua sekatan Covid-19
Tempoh kuarantin mandatori tujuh hari untuk pesakit Covid-19 akan dikurangkan kepada lima hari.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Khamis mengisytiharkan bahawa hampir semua sekatan Covid-19 ditamatkan termasuk pengasingan mandatori.
Yoon semasa mesyuarat tindak balas Covid-19 berkata tempoh kuarantin mandatori tujuh hari untuk pesakit Covid-19 akan dikurangkan kepada lima hari, lapor Agensi Berita Yonhap.
Beliau berkata arahan pemakaian pelitup muka dalam bangunan juga akan ditarik balik kecuali di wad hospital manakala tahap krisis Covid-19 akan diturunkan daripada "serius" kepada "berjaga-jaga."
Langkah itu dibuat beberapa hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu bukan lagi "darurat kesihatan global."
Lihat lebih banyak liputan kami dalam hasil carian anda.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.