- Iklan -
Luar Sana

Saintis China temukan bahan kaca dari tanah di bulan

Bahan kaca berkenaan terbentuk selepas mengalami perubahan fizikal daripada pepejal, cecair dan gas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gambar fail imej bulan penuh kelihatan di atas bandar raya Mexico, Mexico, 5 April. Gambar: Reuters
Gambar fail imej bulan penuh kelihatan di atas bandar raya Mexico, Mexico, 5 April. Gambar: Reuters

Ahli penyelidik China berjaya menemukan pelbagai jenis bahan kaca daripada sampel tanah di Bulan yang dibawa pulang prob Chang'e-5.

Institut Fizik Akademi Sains China (CAS) mengesahkan bahan kaca berkenaan terbentuk selepas mengalami perubahan fizikal daripada pepejal, cecair dan gas di regolitos qamari.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal National Science Review turut mencatatkan penemuan buat kali pertama gentian kaca semula jadi di sampel tanah itu.

Menurut Dr. Shen Laiquan dari Institut Fizik CAS, penemuan itu membuktikan tanah Bulan mempunyai keupayaan membentuk kaca serta ciri-ciri unggul dalam pemprosesan dan pengacuan bahan berkenaan.

“Ia mengesahkan kebolehlaksanaan menggunakan tanah Bulan untuk memproses dan menghasilkan bahan binaan daripada kaca.

“Dapatan kajian itu memberikan sokongan penting kepada projek pembinaan pangkalan penyelidikan di Bulan pada masa hadapan,” kata beliau.