- Iklan -
Luar Sana

4 kanak-kanak tadika maut ditikam di Brazil

Beberapa kanak-kanak turut cedera dalam kejadian yang berlaku di bandar Blumenau di Santa Catarina.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Wanita menyalakan lilin sewaktu majils penghormatan kepada mangsa serangan maut di Good Shepherd Center, di Blumenau, Santa Catarina, Brazil, 5 April. Gambar: Reuters
Wanita menyalakan lilin sewaktu majils penghormatan kepada mangsa serangan maut di Good Shepherd Center, di Blumenau, Santa Catarina, Brazil, 5 April. Gambar: Reuters

Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut akibat ditikam dalam kejadian serangan di sebuah tadika di selatan Brazil pada Rabu, menurut pegawai tempatan.

Mangsa yang maut termasuk tiga kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan berusia empat hingga tujuh tahun.

Beberapa kanak-kanak turut cedera dalam kejadian yang berlaku di bandar Blumenau di Santa Catarina.

Penyerang berusia 25 tahun itu kemudian menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Menurut polis, selepas menikam kanak-kanak berkenaan penyerang dikatakan menunggang motosikal ke balai polis untuk menyerah diri.

"Saya datang untuk melaporkan bahawa saya telah melakukan jenayah," kata lelaki itu, menurut polis, lapor Xinhua.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva menyifatkan kejadian itu sebagai "keganasan" dan bersolidariti dengan keluarga mangsa.

Gabenor Santa Catarina Jorginho Mello turut mengisytiharkan seluruh negeri akan berkabung selama tiga hari.

Serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang remaja menikam seorang guru hingga mati dan mencederakan empat yang lain di sebuah sekolah awam di Sao Paulo.