- Iklan -
Luar Sana

'Gantung mi di telinga' ketika dengar Putin berucap, ahli politik Rusia didenda

Mikhail Abdalkin disabitkan atas kesalahan melakukan aksi lagak ngeri, yang dirakamnya dan disiarkan di media sosial, berdasarkan pepatah Rusia bahawa seseorang diikat atau ditipu mempunyai mi di telinga mereka.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Mikhail Abdalkin menggantung mi di telinganya ketika mengikuti ucapan yang disampaikan Putin pada 21 Februari, beberapa hari sebelum ulang tahun pertama pencerobohan negara itu ke atas Ukraine. Gambar: Facebook

Seorang ahli politik tempatan Rusia didenda hampir AS$2,000 (kira-kira RM9,000) pada Khamis kerana "mencemarkan nama baik angkatan tentera" dengan meletakkan spageti di telinganya sewaktu mendengar ucapan Presiden Vladimir Putin, kata kumpulan pemantau hak asasi manusia. 

Mikhail Abdalkin disabitkan atas kesalahan melakukan aksi lagak ngeri, yang dirakamnya dan disiarkan di media sosial, berdasarkan pepatah Rusia bahawa seseorang diikat atau ditipu mempunyai mi di telinga mereka. 

Ini bermaksud beliau tidak mempercayai kandungan ucapan yang disampaikan Putin pada 21 Februari, sejurus sebelum ulang tahun pertama pencerobohan negara itu ke atas Ukraine. 

Kumpulan pemantau OVD-Info memetik Abdalkin, seorang komunis dari wilayah Samara, sebagai berkata ia adalah satu isyarat ironis untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap "presiden mengenai masalah politik dalaman". 

Dia didenda AS$1,950. 

Parlimen Rusia bulan ini mengetatkan undang-undang yang diluluskan sejurus selepas pencerobohan yang kini menetapkan denda atau hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana memburukkan atau menyebarkan berita palsu tentang angkatan tentera atau orang lain, seperti kumpulan upahan Wagner, yang mengambil bahagian dalam perang di Ukraine.