- Iklan -
Berita

Argentina rekod kematian pertama akibat cacar monyet

Mangsa adalah seorang lelaki berusia 44 tahun dan mempunyai risiko HIV.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorag kanak-kanak yang dipercayai  menghidap cacar monyet duduk di katil pusat kesihatan Yalolia, Tshopo di Congo pada 3 Oktober. Gambar: Reuters
Seorag kanak-kanak yang dipercayai menghidap cacar monyet duduk di katil pusat kesihatan Yalolia, Tshopo di Congo pada 3 Oktober. Gambar: Reuters

Argentina merekodkan kematian pertama akibat cacar monyet apabila seorang lelaki dewasa yang turut mempunyai masalah kesihatan lain meninggal dunia di sebuah hospital, Kementerian Kesihatan mengumumkan pada Isnin.

Kementerian itu memaklumkan bahawa lelaki berusia 44 tahun itu "ditempatkan di unit rawatan rapi dengan menggunakan bantuan ventilator sejak 9 Oktober", serta terdapat faktor risiko HIV/AIDS, lapor Xinhua.

Setakat 22 November, negara Amerika Selatan itu telah merekodkan 895 kes cacar monyet, menyaksikan peningkatan mingguan sebanyak 3.46%, menurut data rasmi.

Sementara itu, jangkitan direkodkan di 15 dari 24 wilayah di negara ini sejak kes pertama dikesan pada 27 Mei, manakala purata umur kes membabitkan usia 10 hingga 78 tahun.