- Iklan -
Dunia

Afrika jadi tumpuan keganasan, kata pengerusi AU

Pengerusi Kesatuan Afrika Macky Sall berkata benua itu berdepan dengan pelbagai krisis ketika ini dan ia bukan tanggungjawab Afrika semata-mata.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengawal keselamatan di Restoran Samukelisiwe di mana kejadian tembakan rambang berlaku pada Julai lalu di Sweewaters, Afrika Selatan. Gambar: AFP
Pengawal keselamatan di Restoran Samukelisiwe di mana kejadian tembakan rambang berlaku pada Julai lalu di Sweewaters, Afrika Selatan. Gambar: AFP

Afrika berdepan pelbagai krisis berkaitan keganasan, konflik dalaman, iklim dan kesihatan, menurut Presiden Senegal selaku Pengerusi Kesatuan Afrika (AU) Macky Sall pada Isnin.

"Kita mesti mengakui bahawa hal itu benar-benar terjadi.

"Benua Afrika kini menjadi antara tumpuan keganasan," Sall berkata demikian pada majlis perasmian edisi kelapan Forum Antarabangsa Dakar mengenai Keamanan dan Keselamatan di Afrika yang diadakan di Dakar bertemakan "Africa in the face of exogenous shocks: Challenges of stability and sovereignty."

Beliau turut menegaskan keganasan di benua itu bukan semata-mata tanggungjawab Afrika, lapor Xinhua.

Sall percaya bahawa krisis ekonomi yang melanda dunia turut menjadi ancaman kepada keamanan dan kestabilan global.

Beliau berharap Lembaga Penasihat Peringkat Tinggi mengenai Keberkesanan Multilateralisme yang ditubuhkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dapat memainkan peranan dalam meneliti isu-isu utama seperti keamanan dan keselamatan, iklim, rangka kewangan antarabangsa dan ruang digital.

Forum dua hari itu menjadi platform mesyuarat antarabangsa mengenai keamanan serta keselamatan yang menyaksikan pemimpin dan kerajaan Afrika bertemu serta berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan terdiri pelbagai latar belakang.