- Iklan -
Dunia

Insiden tembakan di Rusia ragut 13 nyawa

Tujuh orang kanak-kanak antara yang terkorban dalam kejadian itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Mayat penyerang dalam insiden tembakan di Rusia itu dipercayai membunuh diri itu ditemui memakai baju-T hitam dengan simbol Nazi dan topeng ski. Gambar: Pexels
Mayat penyerang dalam insiden tembakan di Rusia itu dipercayai membunuh diri itu ditemui memakai baju-T hitam dengan simbol Nazi dan topeng ski. Gambar: Pexels

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk tujuh kanak-kanak, dalam satu insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Izhevsk, Rusia pada Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Berita TASS yang memetik Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, 14 kanak-kanak dan tujuh dewasa cedera dalam serangan di sekolah yang terletak berhampiran bangunan pentadbiran bandar Izhevsk, di Republik Udmurt di barat Rusia.

Berdasarkan laporan awal, sembilan terbunuh dan kira-kira 20 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Menurut jawatankuasa itu, mayat penyerang yang dipercayai membunuh diri itu ditemukan memakai baju-T hitam dengan simbol Nazi dan topeng ski. Identitinya masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan dijumpai. 

Sekolah itu mempunyai 982 pelajar serta 80 guru, dan mereka telah dipindahkan.

Gabenor Republik Udmurt mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari bermula Isnin.