Ukraine eksport 3.1 juta tan produk pertanian
Hampir dua bulan pelancaran 'koridor bijirin', 134 kapal eksport telah berlepas melalui pelabuhan Great Odesa.
Terkini
Kira-kira 3.1 juta tan produk pertanian dieksport dari Ukraine sejak perjanjian mengenai keselamatan pengangkutan bahan pertanian dari pelabuhan negara itu dimeterai oleh Ukraine, Turkiye, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
"Hampir dua bulan selepas pelancaran 'koridor bijirin', 3.1 juta tan produk pertanian dieksport melalui pelabuhan Great Odesa," menurut perkhidmatan akhbar Kementerian Infrastruktur pada Rabu.
Sebanyak 134 kapal dengan muatan produk pertanian untuk negara Asia, Eropah dan Afrika, berlepas dari pelabuhan Ukraine, menurut laporan itu.
Lima lagi kapal lagi yang membawa 153,000 tan makanan, meninggalkan pelabuhan Odesa, Chornomorsk, dan Pivdennyi, juga kini menuju Asia dan Eropah.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.