Dunia
2 maut insiden tembakan rambang di AS
Lima lagi cedera dalam insiden di Virginia itu.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Dua orang maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di Norfolk di timur Virginia, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Polis Norfolk memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden tembakan di blok 5000 Killam Avenue sekitar tengah malam dan mendapati empat wanita dan tiga lelaki telah ditembak, lapor Xinhua.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital, dan dua daripadanya meninggal dunia akibat cedera parah.
Motif kejadian masih disiasat.
Sekurang-kurangnya 458 kejadian tembakan dilaporkan di AS setakat tahun ini, memetik data terkini Arkib Keganasan Senjata.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -