Dunia
Presiden Guatemala terselamat dalam serangan bersenjata
Beberapa orang tercedera dalam serangan tersebut.
Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Presiden Guatemala Alejandro Giammattei terselamat selepas penyerang bersenjata melepas tembakan ke arah konvoinya dalam kejadian yang berlaku di bandar Huehuetenango, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.
Beberapa orang turut cedera dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu itu, kata pegawai.
Berlaku pertempuran antara pengiring tentera yang mengawal rombongan presiden dan penyerang.
Siasatan terperinci telah dilancarkan bagi mengenal pasti dalang kejadian itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -