Bekas ketua perisik, Hasanah meninggal dunia
Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia itu meninggal dunia pada usia 66 tahun selepas bertarung akibat kanser.
Bekas ketua perisik, Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 66 tahun hari ini selepas bertarung akibat kanser.
Hasanah, bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), dibebaskan pada Ogos tahun lepas daripada tuduhan pecah amanah membabitkan wang milik kerajaan berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) pada 2018.
Beliau sebelum ini hanya dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan pecah amanah selepas pihak pendakwaan ketika itu memaklumkan terdapat penemuan baharu berkaitan kes berkenaan.
Lihat lebih banyak liputan kami dalam hasil carian anda.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
