- Iklan -
Berita

LTAT umum kadar dividen 5% bagi tahun 2022

Ini meningkat 0.9% berbanding 2021.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berucap ketika mengumumkan dividen  LTAT bagi tahun 2022 di Kuala Lumpur, 13 Mac. Gambar: Bernama
Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berucap ketika mengumumkan dividen LTAT bagi tahun 2022 di Kuala Lumpur, 13 Mac. Gambar: Bernama

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 5% bagi tahun 2022 melibatkan jumlah pembayaran bernilai RM476.45 juta.

Menteri Pertahanan Mohamad Hasan ketika mengumumkan perkara itu berkata kadar dividen tersebut meningkat 0.9% berbanding 2021. 

"Ini mengambil kira suasana pasaran dan suasana sistem kewangan negara yang belum pulih... akibat berdepan pandemik Covid-19, tetapi atas pengurusan cekap LTAT mereka dapat pulangan baik daripada pelabur," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman dividen LTAT 2022 di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menasihatkan pengurusan LTAT supaya tidak mendedahkan tabung itu kepada pelaburan berisiko tinggi dan mengekalkan prinsip tabungan selamat kepada pencarum.

"LTAT ini badan yang ditubuhkan mengikut Akta Parlimen untuk angkatan tentera mencarum untuk masa depan mereka. Jadi, LTAT ada peranan besar iaitu pertama, pastikan caruman mereka ini selamat dan kedua pastikan supaya caruman mereka mendatangkan pulangan. Biar tak lumayan, asalkan memadai,” katanya. 

Pengkreditan dividen itu kepada 122,935 pencarum dibuat Jumaat lepas.