- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 202 kes, 1 lagi terkorban

Sebanyak 275 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,990,705.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penganut Hindu mengusung kavadi ketika melakukan upacara keagamaan sempena menyambut perayaan Thaipusam di kuil Batu Caves, 3 Februari.
Penganut Hindu mengusung kavadi ketika melakukan upacara keagamaan sempena menyambut perayaan Thaipusam di kuil Batu Caves, 3 Februari.

Jangkitan harian catat 202 kes, 1 lagi terkorban

Sejumlah 202 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,037,784 kes.

Sebanyak 275 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,990,705.

Ketika ini, 10,136 kes aktif direkodkan di mana 9,758 atau 96.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 372 (3.7%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 6 kes dan 6 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,943 orang.