- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 269 kes, tiada kematian

Sebanyak 285 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,989,720.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dekorasi bertemakan arnab sempena sambutan Tahun Baru Cina mewarnai sebuah pusat membeli-belah di Sepang, 28 Januari.
Dekorasi bertemakan arnab sempena sambutan Tahun Baru Cina mewarnai sebuah pusat membeli-belah di Sepang, 28 Januari.

Sejumlah 269 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,036,140 kes.

Sebanyak 285 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,989,720.

Ketika ini, 9,480 kes aktif direkodkan di mana 9,088 atau 95.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 371 (3.9%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 21 kes dan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,940 orang.