- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,400 jangkitan, 9 lagi terkorban

24,053 kes aktif direkodkan di mana 92.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19 ketika membawa hasil kutipan di bandar Kuala Lumpur.
Seorang wanita memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19 ketika membawa hasil kutipan di bandar Kuala Lumpur.

2,421 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,996,964 kes.

Sebanyak 2,826 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,936,207.

Ketika ini, 24,053 kes aktif direkodkan di mana 22,258 atau 92.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 1,698 (7.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 97 kes dan 62 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sembilan lagi kes kematian dicatatkan termasuk tiga kes kematian ketika tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36704 orang.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.