KPM digesa periksa bangunan sekolah secara berkala selepas insiden kipas jatuh
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad turut menggesa SOP pemeriksaan diwujudkan dan dilakukan setiap enam bulan bagi memastikan peralatan sekolah dalam keadaan baik.
Terkini
Kementerian Pendidikan (KPM) digesa mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemeriksaan berkala terhadap peralatan elektrik serta aspek keselamatan bangunan di semua sekolah.
Menteri Besar Perak Saarani Mohamad yang membuat gesaan itu berkata pemeriksaan berkala perlu dilakukan setiap enam bulan atau setahun supaya kesemua peralatan berada dalam keadaan baik dan tidak memudaratkan.
"Kita juga harap semua sekolah mengambil tindakan untuk sentiasa menyemak, memeriksa secara berkala kesemua kelengkapan elektrik termasuk bangunan sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media semalam berhubung insiden yang mengakibatkan seorang murid perempuan berusia lapan tahun patah jari tangan kiri, manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan, selepas apabila kipas siling dalam kelas di sebuah sekolah rendah di Selama terjatuh.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.