- Iklan -
Berita

Pemain bola sepak kelahiran UK dapat kerakyatan Malaysia

Lee Andrew Tuck berkata dia menempuh ‘jalan sukar' dan perlu berkorban untuk berada di kedudukannya sekarang ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pemain Sri Pahang Lee Andrew Tuck memegang dokumen dalam hantaran Instagram mengumumkan dia telah menjadi warga Malaysia.
Pemain Sri Pahang Lee Andrew Tuck memegang dokumen dalam hantaran Instagram mengumumkan dia telah menjadi warga Malaysia.

Pemain bola sepak kelahiran UK Lee Andrew Tuck diberikan kerakyatan Malaysia selepas menempuh proses yang disifatkannya sebagai "jalan sukar".

“Hari ini, akhirnya secara rasminya saya boleh berkata saya adalah warga Malaysia,” kata pemain Sri Pahang itu dalam satu hantaran Instagram semalam ketika negara menyambut Hari Merdeka.

"Saya sangat bersyukur mendapat kerakyatan Malaysia. Saya menempuh jalan sukar dan perlu berkorban untuk sampai ke tahap ini, namun ia adalah peluang yang tidak dapat saya lepaskan."

Lee, 34, yang bermain dalam liga bola sepak di Thailand dan Bangladesh sebelum menetap di Malaysia, pernah berkhidmat bersama pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu.

Dalam hantarannya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab Sri Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, adik kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang bertindak sebagai pengerusi kelab dan menganggotai lembaga pengarah.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga tersayang dan rakan-rakan terdekat,” katanya mengakhiri hantaran itu dengan emoji Jalur Gemilang.