Permohonan Willie masuk PBB perlu pandangan 3 Adun, kata naib presiden
Pandangan Adun Tarat, Mambong dan Serembu perlu diambil sebelum apa-apa ketetapan mengenai permohonan Willie sertai PBB.
Terkini
Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mendengar pandangan daripada tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam kawasan Parlimen Puncak Borneo sebelum membuat apa-apa ketetapan berhubung permohonan ahli Parlimen kawasan berkenaan Willie Mongin untuk menyertai PBB.
Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah pandangan dari Roland Sagah Wee Inn (Adun Tarat), Jerip Susil (Mambong) dan Miro Simuh (Serembu) akan diambil kira sebelum perkara itu diputuskan.
“Mereka (Majlis Tertinggi) juga perlu berunding dengan pemimpin akar umbi seperti ketua masyarakat kaum Bidayuh di kawasan itu,” katanya kepada media selepas melancarkan pertandingan Miss Tourism International Friendship Pathway di Lundu, Sarawak semalam.
Isnin lepas, Willie yang juga timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi dan menjadi ahli Bersatu, telah mengesahkan bahawa beliau telah menghantar permohonannya untuk menyertai PBB beberapa bulan lepas, dengan mendakwa bahawa selama ini beliau “secara teknikal” diletakkan dalam parti Bersatu bagi menyokong kerajaan semasa.
Willie memenangi kerusi parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum ke-14 atas tiket PKR, namun diketepikan oleh parti itu selepas beliau bersama beberapa Ahli Parlimen PKR menarik balik sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan semasa peristiwa “Langkah Sheraton”, sebelum menyertai Bersatu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.