- Iklan -
Berita

2 pembantu kesihatan direman bantu siasatan kes rasuah pengurusan jenazah

Dua suspek itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes minta suapan masing-masing berjumlah RM15,000.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
SPRM menahan dua pembantu kesihatan ditahan disyaki minta suapan RM15,000 bagi kerja pengurusan jenazah. Gambar: Bernama
SPRM menahan dua pembantu kesihatan ditahan disyaki minta suapan RM15,000 bagi kerja pengurusan jenazah. Gambar: Bernama

Dua pembantu kesihatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah RM15,000 berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Perintah reman itu dikeluarkan majistret Nur Faizah Abdul Sani selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan kedua-dua individu itu sehingga 31 Mei.

Kedua-dua lelaki yang berusia 40 hingga 42 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 bagi kesalahan menerima rasuah.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada 4.45 petang semalam di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.