- Iklan -
Berita

Hishammuddin disahkan positif Covid-19

Beliau akan menjalani kuarantin wajib mengikut ketetapan KKM kepada mereka yang telah menerima dos penggalak.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein. Gambar: Bernama
Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein. Gambar: Bernama

Pejabat Menteri Pertahanan hari ini memaklumkan Hishammuddin Hussein disahkan positif Covid-19.

Dalam sebuah kenyataan, ia berkata menteri pertahanan itu akan menjalani isolasi kuarantin wajib mengikut ketetapan semasa kementerian kesihatan (KKM) terhadap mereka yang telah menerima dos penggalak.

Pejabatnya turut berkata Hishammuddin telah disahkan negatif pada 18 Februari lalu melalui ujian RT-PCR.

“Hishammuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” katanya

Lihat lebih banyak liputan kami dalam hasil carian anda.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.