- Iklan -
Berita

KKM kemuka cadangan SOP pembukaan sempadan dalam masa terdekat

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu sedang diteliti dan KKM sedang memantau situasi semasa penularan Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sempadan Malaysia kekal ditutup kepada umum sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada 2020.
Sempadan Malaysia kekal ditutup kepada umum sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada 2020.

Kementerian kesihatan (KKM) dijangka mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat, sebelum memutuskan tarikh pembukaannya.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu sedang diteliti, dengan KKM sedang memantau situasi semasa penularan Covid-19.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Bicara Memperkasa Ekonomi Bersama Pemain Industri dan IKS Skudai, di Johor semalam beliau berkata sekiranya sempadan dibuka, kerajaan tetap mahukan supaya pematuhan kepada SOP dikekalkan.

Katanya sebelum ini Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin telahpun membuat cadangan supaya kerajaan dapat menimbangkan pembukaan sempadan segera memandangkan kadar vaksinasi negara mencatatkan prestasi yang cemerlang.

“Mengikut laporan Nikkei Recovery Index, program pemulihan negara berjalan dengan baik serta lancar, dan Malaysia antara negara yang terbaik didunia dalam perkara ini. Maka kita merasakan sudah sampai masanya dengan SOP yang baru dan diperketatkan, kerajaan boleh menimbangkan perkara ini,” katanya.