- Iklan -
Berita

Singapura terus lapor kes Covid-19 lepasi 1,000 jangkitan

Lebih dari 80% penduduk SIngapura telah menerima vaksin Covid-19.

Reuters
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menunggu di tempat  pemerhatian selepas menerima vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin Covid-19. Gambar: Reuters
Orang ramai menunggu di tempat pemerhatian selepas menerima vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin Covid-19. Gambar: Reuters

Kementerian kesihatan Singapura melaporkan 1,012 kes Covid-19 baru pada hari Ahad, tertinggi sejak April tahun lalu.

Peningkatan kes baru-baru selepas beberapa kelonggaran dibenarkan bagi beberapa sekatan demi membendung Covid-19 telah mendorong Singapura untuk menghentikan usaha pembukaan semula sektor ekonomi dan sosialnya.

Lebih dari 80% penduduknya telah menerima vaksin Covid-19.