- Iklan -
Berita

10 kes varian Delta Covid-19 dikesan dalam tempoh seminggu

Kumulatif kes Covid-19 yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu diberi perhatian (VOI) ialah sebanyak 439 kes.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Varian Delta menjadi kebimbangan antarabangsa selepas penularannya didapati lebih cepat merebak.
Varian Delta menjadi kebimbangan antarabangsa selepas penularannya didapati lebih cepat merebak.
Hasil kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati sebanyak 10 kes varian Delta (B.1.617.2) Covid-19 dikesan dari 22 Julai hingga semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan kumulatif kes dijangkiti oleh virus Covid-19 yang dikategorikan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) dan varian yang perlu diberi perhatian (VOI) ialah sebanyak 439 kes.
“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya dalam sebuah kenyataan.