Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,654 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 792,693.
Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,260 disusuli Kuala Lumpur (1,550), Negeri Sembilan (698), Kedah (337), Johor (313), Sarawak (286), dan Melaka (230).
Hanya Perlis (2) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 4,797 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 714,815.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 72,201.
Dalam pada itu, 943 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 450 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 103 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 5,677.