Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan 4,519 kes baru Covid-19 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 436,944 kes.
Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,722 disusuli Kuala Lumpur (557), Sarawak (479), dan Kelantan (373).
Hanya Labuan (2) dan Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Negara juga mencatat sebanyak 2,719 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 398,723.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 36,564.
Dalam pada itu, 393 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 210 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 25 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,657.