- Iklan -
Berita

Malaysia catat 2,690 kes baru Covid-19 hari ini

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 23,753 di seluruh negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pelanggan berpayung dalam hujan ketika beratur menanti pesanan Roti John di Ampang Point bagi berbuka puasa. SOP Covid-19 perlu dipatuhi orang ramai demi membendung wabak dalam negara.
Beberapa pelanggan berpayung dalam hujan ketika beratur menanti pesanan Roti John di Ampang Point bagi berbuka puasa. SOP Covid-19 perlu dipatuhi orang ramai demi membendung wabak dalam negara.

Malaysia mencatat 2,690 kes baru menjadikan kes keseluruhan Covid-19 hari ini meningkat sebanyak 392,942 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 751 disusuli Sarawak (595) dan Kelantan (424).

Hanya Perlis (1), Wilayah Persekutuan Putraja (5), dan Labuan (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 1,853 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 367,753.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 23,753.

Dalam pada itu, 283 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 121 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 10 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,436 orang.