Patuh SOP, sesi persekolahan dapat diteruskan, kata menteri
Semua pihak berperanan untuk memastikan murid mematuhi SOP di sekolah.
Terkini
Beliau berkata pelajar terutamanya perlu sentiasa mematuhi SOP sewaktu tiba di sekolah dan semasa proses penyuraian selepas tamat sesi persekolahan bagi mengelak penularan Covid-19 dalam kalangan mereka dan juga warga sekolah.
“Kita sudah ada SOP cukup lengkap dan teratur, apa yang penting adalah pematuhan, ibu bapa juga perlu sentiasa mengingatkan anak-anak supaya mematuhi SOP ditetapkan.
“Kita tekankan kepada pihak sekolah setiap SOP yang ditetapkan itu mestilah dipatuhi dan murid perlu sentiasa diingatkan agar mematuhi SOP,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda, Sungai Merab di Bandar Baru Bangi pada hari pertama pembukaan semula sekolah menengah untuk Kumpulan B.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Yusran Shah Mohd Yusof.
Pembukaan semula sekolah menengah pada 4 April (semalam) melibatkan Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B memulakan persekolahan pada hari ini.
Dalam pada itu, Radzi berpuas hati dengan perjalanan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka membabitkan sekolah menengah pada hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
