Kes jangkitan Covid-19 di Malaysia lepasi 350,000
Malaysia catat 1,349 kes baru hari ini.
Terkini
Malaysia mencatatkan 1,349 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 350,959.
Negara juga mencatat sebanyak 1,270 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 335,162
Sarawak mencatat kes harian tertinggi hari ini dengan 419 kes.
Jumlah kes harian tertinggi itu disusuli Selangor (343), Pulau Pinang (92).
Hanya Terengganu dan Perlis sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 14,509.
Daripada jumlah itu 186 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 94 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia turut mencatat 2 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,288 orang.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.