- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 dijangka turun 500 Mei depan

Trend menunjukkan kes harian Covid-19 terus menurun setakat ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin says Ramadan bazaars should be no problem as open markets and night markets have been allowed to operate as well.
Housing and Local Government Minister Zuraida Kamaruddin says Ramadan bazaars should be no problem as open markets and night markets have been allowed to operate as well.

Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan 500 kes harian positif Covid-19 menjelang Mei ini, bergantung kepada tahap kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kata Menterinya Dr Adham Baba.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan trend penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) iaitu 0.87 semalam berbanding 0.9 pada 28 Februari lepas.

“Namun begitu, sekiranya SOP tidak dipatuhi, RT dijangkakan meningkat semula melebihi 1.0, begitu juga bilangan kes harian,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan program imunisasi Covid-19 kebangsaan (PICK), hari ini.

Sehingga semalam, katanya kebanyakan negeri telah mencapai nilai RT kurang 1.0 kecuali Terengganu dan Pulau Pinang.

Mengenai taburan kes Covid-19 mengikut daerah di Semenanjung, Dr Adham berkata bagi tempoh 28 Feb hingga 14 Mac, zon hijau telah meningkat daripada enam daerah kepada 11 daerah.

Daerah terbabit adalah empat di Kedah, masing-masing dua di Pahang dan Perak manakala masing-masing satu di Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Dalam tempoh sama juga berlaku pengurangan zon merah iaitu daripada 42 daerah turun kepada 35 daerah yang direkodkan di Semenanjung, manakala zon kuning meningkat daripada 31 daerah kepada 37 daerah.