Tiger Woods cedera dalam kemalangan di California
Bagaimanapun kecederaan yang dialami Woods, 45, tidak mengancam nyawa.
Terkini
Legenda golf Amerika Syarikat (AS) Tiger Woods mengalami kecederaan parah pada kaki selepas terbabit dalam nahas jalan raya di California Selatan, lapor Agensi Berita Sputnik.
“Namun, keadaan beliau dilaporkan stabil,” kata Ketua Balai Bomba Daerah Los Angeles, Daryl Osby dalam sidang media pada Selasa.
Osby berkata kecederaan yang dialami Woods, 45, tidak mengancam nyawa.
Sementara itu Syerif County Los Angeles, Alex Villanueva berkata kereta yang dipandu Woods dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali.
Woods, pernah memenangi lima Kejohanan Masters, kemenangan terakhirnya pada 2019, dan empat Kejuaraan PGA. Beliau juga pernah menjuarai tiga kali Terbuka AS.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Artikel Berkaitan
Tiada artikel ditemui.