Kes baru Covid-19 kembali melebihi 3,000
4,456 dilaporkan pulih, 5 lagi kematian.
Terkini
Sebanyak 3,297 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 283,569, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, sebanyak 4,456 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 249,209 kes.
“Perak mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,215 kes diikuti Selangor (868), Johor (431), Sarawak (185) dan Pulau Pinang (127),” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 33,304.
“Daripada jumlah itu 209 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 91 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Noor Hisham memaklumkan terdapat lima lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,056 orang.
Katanya terdapat enam lagi kluster baru dikesan membabitkan:
- Kluster Jalan Persiaran Cemerlang di Johor (tempat kerja).
- Kluster Jalan Cemerlang Besi di Johor (tempat kerja).
- Kluster Jalan Kota Kulai di Johor (tempat kerja).
- Kluster Jalan Kelapa Mawar di Johor (tempat kerja).
- Kluster Jalan Pandan Ria di Johor (tempat kerja).
- Kluster Perusahaan Baru di Pulau Pinang (tempat kerja).
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
