25 kes kematian baru dilaporkan, tertinggi setakat ini
5,320 sembuh, 2,712 positif Covid-19.
Terkini
Sebanyak 2,712 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 274,875, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, sebanyak 5,320 pesakit pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan angka sembuh 235,082 kes.
“Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,013 kes diikuti Johor (426), Kuala Lumpur (212) Sarawak (200) dan Perak (198),” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 38,763.
“Daripada jumlah itu 227 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 103 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Noor Hisham memaklumkan terdapat 25 lagi kematian, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,030 orang.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
