Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Sarawak juga mencadangkan supaya sebuah lebuh raya sepanjang 1,032km di sempadan dibina.
Terkini
Timbalan Ketua Menteri II Sarawak James Jemut Masing mahu tembok ataupun pagar dibina di kawasan-kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing ke negeri tersebut.
Beliau berkata, Sarawak juga mencadangkan supaya sebuah lebuh raya sepanjang 1,032km di sempadan dibina dari Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Biawak di selatan negeri ini sehingga ke Lawas, daerah paling utara yang dianggarkan menelan kos RM24 bilion.
“Mengenai pembinaan tembok dan pagar, Sarawak memerlukan bantuan Putrajaya (Kerajaan Persekutuan).
“Lagipun kami bukan hanya melindungi kawasan Sarawak tetapi Malaysia juga,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada Bernama.
Beliau berkata, dalam lawatannya ke Telok Melano baru-baru ini, satu kawasan sempadan di hujung selatan Sarawak, beliau dapat melihat sebuah kampung, sebatang jalan di bina Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan satu jalan tikus berhampiran sempadan.
“Tidak kurang daripada 70 laluan sedemikian dari Telok Melano ke Lawas. Ia adalah satu cabaran bagi kami,” katanya.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.