- Iklan -
Berita

Saya keseorangan sekarang, Dr Mahathir luah rasa sedih selepas pemergian rakan baik

Ahli politik veteran Umno, Khalid Julong yang merupakan rakan baik Mahathir meninggal dunia akibat sakit tua, semalam.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. Gambar: Bernama
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. Gambar: Bernama

Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi rasa sedih beliau selepas kehilangan rakan baiknya, Khalid Julong yang juga merupakan bekas ahli Parlimen veteran Umno.

Khalid atau nama sebenarnya Khalid Abdullah, 98, dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC), semalam.

Dalam tulisan terbaru di blog miliknya Chedet.cc, kehilangan rakannya itu disifatkan sebagai tamatnya satu generasi pejuang Melayu.

“Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian,” tulisnya.

Khalid pernah memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Merah (1975-1980), bekas exco kerajaan negeri dan ahli majlis tertinggi Umno.

Mahathir sebelum ini kerap kali melihatkan Khalid sebagai rakan yang memberikan inspirasi dalam arena politik tanah air.

Beliau memberitahu perkenalan dengan sahabat baiknya itu bermula selepas tamat Perang Dunia Kedua, sewaktu berada dalam satu kumpulan kesedaran anak muda Melayu dikenali sebagai Saberkas.

“Saya berdoa roh arwah Khalid Julong akan dirahmati Allah SWT,” tulisnya lagi.

Khalid selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al Hussain di Alor Setar, semalam.

 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.