- Iklan -
Ramadan_dates15_Mnow
GaleriBaru Terbit

Kurma penghias Ramadan

Bulan Ramadan bagaikan tidak sempurna tanpa buah kurma, yang menjadi hidangan di setiap meja berbuka umat Islam seluruh dunia selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Gambar oleh MalaysiaNow

Pekerja sebuah gudang di Bangi, Selangor mengangkat bungkusan buah kurma yang baru tiba untuk dipakej semula.

Pekerja biasanya terdiri dari anak muda dan mahasiswa yang bekerja secara sambilan sementara menunggu tamatnya cuti semester.

Medjool, antara kategori buah kurma premium dengan isi yang tebal, manis dan lembut, ditimbang dengan cermat. Kurma Medjool dijual pada harga yang agak tinggi berbanding kurma biasa.

Seorang pekerja menandakan saiz buah kurma pada balang kurma Medjool.

Kurma Ajwa berasal dari Madinah, berwarna hitam, manis dan mempunyai tekstur yang lembut. Ia mendapat permintaan tinggi di Malaysia, lebih-lebih lagi ia dipercayai buah kurma yang digemari Nabi Muhammad.

Buah kurma yang siap dibungkus menunggu penghantaran.

Gudang kurma ini menerima menggunakan syarikat perkhidmatan penghantaran luar. Pekerja menyemak alamat dan kategori buah kurma yang dipesan dengan teliti.

Pekerja sekali lagi memastikan tidak ada apa-apa kesilapan dengan pesanan yang akan dihantar.

Pekerja meletakkan balang yang siap dibungkus ke dalam guni untuk proses penghantaran.

Pekerja memeriksa kotak buah kurma 5kg sebelum dihantar kepada pelanggan.

Peniaga pasar mini Sakinah Amalina Mohd Salimi (kiri) dibantu pekerja gudang memilih buah kurma melalui katalog untuk dijual di kedainya.

Seorang wanita membuat perbandingan harga dalam internet bersama rakannya semasa berkunjung ke gudang untuk membeli beberapa balang buah kurma.

Seorang pelanggan mengambil gambar balang kurma saiz kecil.
Seorang pelanggan mengambil gambar balang kurma saiz kecil.
- Iklan -
Pekerja gudang membantu pelanggan memindahkan tiga kotak kurma pelbagai jenama ke kenderaan.

Peniaga dalam talian di platform seperti TikTok melakukan jualan promosi secara langsung.

Pelanggan sentiasa menanti-nanti jualan murah dalam talian untuk membeli buah kurma premium.

Seorang pekerja pasar mini menyusun beberapa jenis buah kurma pada rak jualan di Sungai Merab, Kajang.

Seorang peniaga melayani pelanggan yang membeli buah kurma Ajwa di Kompleks PKNS Bangi.

Peniaga Rozita Mohd Yusop menjual buah kurma sejak 30 lalu di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, di mana kedainya hanya beroperasi untuk dua bulan setiap tahun, iaitu sebelum dan sepanjang Ramadan.

Rozita menimbang buah kurma Rotab, iaitu kurma muda yang lembap dengan tekstur lembut dan berjus, dan perlu disimpan dalam peti sejuk untuk kekal segar.

Berbagai jenis kurma memenuhi sebuah pasar raya di Bangi.

Apabila terbenam matahari, sebuah keluarga berbuka dengan kurma Medjool dan Ajwa.