- Iklan -
Mosque_Malaysia39_Mnow_250109
Galeri

Seni bina memukau masjid Malaysia

Di kebanyakan negara Islam, masjid menjadi warisan khazanah dengan seni bina yang memukau, menjadikannya tarikan pelancong. Begitu juga di Malaysia, seperti mana dirakamkan MalaysiaNow ketika melawat beberapa masjid indah di Lembah Klang.

Gambar oleh MalaysiaNow

Masjid Jamek Sultan Abdul Samad yang terletak pada pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Kelang di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, dibina pada 1909 oleh pedagang dari India. Berkonsepkan seni bina Moghul, ia merupakan masjid tertua di ibu kota.

Pelancong asing perlu memakai jubah sekiranya berpakaian tidak sesuai dengan adab masjid, sebelum dibenarkan memasuki kawasan Masjid Jamek.

Dua pelancong memakai jubah berjalan menikmati keindahan di sekeliling Masjid Jamek yang dihiasi dengan deretan pokok tamar menghiasi landskap di pintu masuk.

Di luar masjid, rimbunan pokok dan landskap menghijau dijaga rapi. Payung gergasi hidraulik yang boleh dibuka turut menghiasi bahagian luar sekaligus menjadi tarikan kepada pelancong. Payung gergasi ini dibuka sekiranya jemaah terlalu ramai pada hari Jumaat.

Masjid Al Bukhary di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur, dibangunkan bagi menggantikan Surau Babul Jannah yang berusia 147 tahun dan sudah rosak. Di hadapan masjid ini dihiasi landskap dan pokok tamar, berlatar belakangkan Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia.

Dengan seni bina tradisional dan moden, serta kubah dan menara dengan hiasan amat rumit, Masjid Al Bukhary boleh memuatkan kira-kira 10,000 jemaah pada satu-satu masa, menjadikannya antara masjid terbesar di Kuala Lumpur.

Masjid Al-Sultan Abdullah terletak di menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia. Ia juga berfungsi sebagai hab komuniti dan mempunyai dewan serbaguna di tingkat satu dan dua untuk pelbagai aktiviti.

Di sekeliling masjid ini terdapat taman dan halaman solat yang direka dengan teliti untuk meningkatkan estetika keseluruhan. Turut menjadi tarikan ialah ruang pejalan kaki berbumbung kaca untuk pengunjung menikmati keindahan Merdeka 118 dari dekat.

Bahagian dalaman masjid ini direka untuk menjadi luas, dengan siling tinggi dan ruang solat terbuka, membolehkan perhimpunan besar. Tingkap dan cahaya langit secara meluas menerangkan masjid ini secara semula jadi.

Masjid Negara merupakan masjid utama di Kuala Lumpur di mana acara-acara rasmi diadakan. Dibina pada 1963, masjid ini mempunyai kapasiti untuk menampung 15,000 jemaah dan terletak dalam kawasan seluas 13 ekar.

Beberapa pelancong berjalan menaiki anak tangga untuk melawat Masjid Negara, yang terletak berhampiran stesen keretapi di Jalan Sultan Hishamuddin dan dikelilingi bangunan pencakar langit.

Masjid Negara mempunyai keluasan lantai lebih kurang 46,000 meter persegi, dan menempatkan pelbagai kemudahan, termasuk perpustakaan, dan pusat pendidikan, menjadikannya mercu tanda seni bina dan budaya yang penting di Kuala Lumpur.

Kubah Masjid Negara menampilkan corak bintang 18 mata yang unik, mewakili 13 negeri Malaysia dan Wilayah Persekutuan, perpaduan dan kepelbagaian. Seni binanya direka arkitek Baharuddin Kassim yang meninggal dunia pada Ogos 2024.

Menara ini mempunyai ketinggian kira-kira 73 meter yang seragam dengan gaya seni bina keseluruhan masjid. Reka bentuk silinder dan corak geometri mencerminkan warisan seni Islam.

Kawasan Masjid Negara turut menempatkan Makam Pahlawan, di mana bersemadinya pemimpin tertinggi negara.

Antara yang bersemadi di sini ialah bekas perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein dan perdana menteri ketiga Hussein Onn.

Masjid Putra di Putrajaya dikenali sebagai 'Masjid Pink' dan menjadi tarikan utama pelancong sejak siap dibina pada 1999. Ia dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra. Antara tarikannya ialah ia seolah-olah terapung di atas air.

Beberapa pelancong luar negara merakamkan gambar mereka dengan berlatar belakangkan kubah setinggi 116 meter.

Seorang kakitangan masjid mengasingkan jubah selepas diguna oleh pelancong semasa melawat Masjid Putra.

Pelancong asing bukan Islam diberikan penerangan mengenai agama Islam dalam bahasa mereka dalam ruang yang disediakan di dewan solat utama.

Masjid Jamek Cina Muslim Klang merupakan antara masjid yang paling baharu di Lembah Klang.

Masjid Jamek Cina Muslim diilhamkan oleh reka bentuk Masjid Besar Xi'an, antara masjid tertua di China yang asalnya dibina pada 742 Masehi. Tidak seperti masjid lain, ia tidak mempunyai kubah.

Tulisan kaligrafi Cina menyambut kehadiran pengunjung di pintu masuk, dengan pepohon bonsai menghiasi halaman masjid untuk menekankan budaya hiasan Oriental.

Masjid ini berlandaskan konsep courtyard, dan mempunyai satu menara masjid yang unik bercirikan seni bina Cina. Dewan solat pula berbumbungkan jubin tradisional Cina, dengan penggunaan unsur kayu dan tulisan kaligrafi Cina menghiasi ruang mihrab.

Kos pembinaan Masjid Cina ini dianggarkan sebanyak RM30 juta termasuk sebuah bangunan empat tingkat untuk kuarters imam dan kemudahan lain, dan dibiayai kerajaan Selangor di samping sumbangan orang ramai menerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia.

Dewan solat Masjid Cina boleh memuatkan 350 jemaah, dan 1,000 jemaah lagi dalam di keseluruhan lantai terbuka.

Seorang pengunjung melihat ayat Al-Quran yang ditulis secara digital oleh seorang imam dari China di atas Buah Labu Air di kedai cenderamata Masjid Cina.

Masjid India Klang pada asalnya dibina pada 1904, apabila tapak itu dianugerahkan oleh Sultan Alaeddin Sulaiman Shah kepada saudagar India dari Tamil Nadu, Mohamad Kassim yang menjalinkan hubungan rapat dengan kerabat diraja Selangor. Masjid ini terletak di kawasan tarikan pelancong di Jalan Tengku Kelana, Klang, juga dikenali sebagai Little India.

Masjid India Klang mempunyai warisan kaya yang mengingatkan akan budaya berwarna-warni pedagang India Muslim yang menjadikan Klang sebagai rumah mereka.

Masjid Bandar Diraja Klang di tebing Sungai Klang memberikan imej masjid terapung, dan dibina di atas tapak masjid kecil yang dikenali sebagai Masjid Klang Utara. Ia dibuka secara rasmi pada 2009 bersempena dengan sambutan hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sekali pandang Masjid Al-Ikhlas Seksen 13, Shah Alam Selangor seperti binaan bangunan moden yang langsung tidak menggambarkan ciri masjid yang biasa dilihat.

Seni bina masjid ini menampilkan elemen kontemporari yang dihimpit laluan pejalan kaki dengan landskap yang segar dengan tumbuhan yang menjalar.

Mampu memuatkan 1,500 jemaah dalam satu-satu masa dengan rekaan teknologi hijau, pencahayaan semulajadi turut menerangi di ruang solat selain penggunaan lampu elektrik.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, juga Masjid Negeri, merupakan antara mercu tanda Malaysia yang paling terkenal. Kubah birunya masyhur sebagai yang kedua terbesar di dunia.

Ukiran tebuk tembus berbentuk geometri dengan corak bunga berulang menghiasi keliling bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pelancong dalam dan luar negara tidak putus-putus berkunjung ke Masjid Negeri sejak ia dibuka pada 1988.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memuatkan 20,000 jemaah dalam satu masa. Empat lampu chandelier bernilai RM2 juta disumbangkan oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Mimbar masjid berukuran 7 kaki merupakan hasil ukiran pakar tempatan mengikut corak masjid-masjid lama di Malaysia.

Masjid Sri Sendayan di Negeri Sembilan yang menelan belanja RM100 juta sering dirujuk sebagai masjid tercantik di Malaysia.

Tempat mengambil wuduk secara terbuka di hadapan Masjid Sri Sendayan dikhaskan kepada jemaah lelaki manakala jemaah wanita ditempatkan di dalam bangunan.

Ruang legar Masjid Sri Sendayan sering digunakan untuk majlis akad nikah.

Di bahagian dalam, dihiasi puluhan lampu chandelier menyerupai Masjid Nabawi di Madinah.

Seni hiasan Masjid Sri Sendayan menggabungkan elemen dari Mesir, Turki, Maghribi dan China. Antara keunikan ialah ukiran kayu pada dinding dewan solat dan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin berhampiran mimbar, dan bahagian dalaman kubah yang dihiasi dengan cat emas 24k.