- Iklan -
BumiHijau03_Mnow_290823
Galeri

Kisah 'kemerdekaan' sebuah kampung

Penduduk kampung mengimbau kembali kenangan diusir dari penempatan mereka pada tahun 1980-an bagi memberi laluan kepada projek pembangunan bandar.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Rawiyah Kamil berdiri di sebelah papan tanda Taman Rawiyah Sulaiman Jaya. Kawasan perumahan itu dinamakan sempena namanya dan arwah suaminya, Sulaiman Yaakob, yang berani mempertahankan tanah di Kampung Melayu Bumi Hijau, Setapak, pada 1980-an dan akhir 1990-an.

Keratan akhbar dari tahun 1992 menunjukkan Rawiyah dan suaminya, ditemani anak dan seorang penduduk kampung, didakwa di mahkamah atas dakwaan keganasan dan ugutan terhadap pekerja binaan di Kampung Melayu Bumi Hijau. Kes itu mendapat liputan meluas ketika itu.

Banyak keratan akhbar mengisahkan pertikaian tanah di Kampung Melayu Bumi Hijau, menggambarkan perjuangan gigih penduduk untuk melindungi rumah mereka. Foto-foto juga mendokumentasikan penahanan Sulaiman, bukti komitmen tegas beliau terhadap perjuangan itu.

Rawiyah menceritakan kejadian di mana dia diserang oleh polis anti-rusuhan dan kemudiannya ditangkap kerana menghalang aktiviti pembinaan di Kampung Melayu Bumi Hijau.

Beliau menunjukkan keratan akhbar yang mengisahkan perjuangan peribadi dan usaha kolektif penduduk kampung pada tahun 1992.

Imej arkib menunjukkan Rawiyah menyertai demonstrasi kampung, memegang kain rentang bantahan terhadap Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd, selepas pemaju memotong bekalan air ke kediaman mereka.

Salah satu rumah penduduk dirobohkan, dan mereka terpaksa mengosongkan tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL), tanah yang mereka duduki.

Sebuah jengkaut merobohkan sebuah rumah di Kampung Melayu Bumi Hijau.
Sebuah jengkaut merobohkan sebuah rumah di Kampung Melayu Bumi Hijau.
- Iklan -
Penduduk Kampung Melayu Bumi Hijau memfailkan writ saman terhadap Umno, mendakwa melanggar perjanjian sejak 1984.

Selepas itu, sebuah buku panduan ditulis dan digunakan sebagai bahan rujukan.

Pemandangan udara Taman Rawiyah Sulaiman Jaya di Batu 8, Gombak. Ia berfungsi sebagai kawasan penempatan semula bagi penduduk Kampung Melayu Bumi Hijau, yang bersungguh-sungguh memperjuangkan hak mereka. Ketika ini, mereka menikmati kehidupan yang lebih tenang tanpa ancaman daripada mana-mana pihak.

Pegawai Waran (B) Abdul Malek Ishak, yang memainkan peranan dalam isu pengambilan tanah dan menyokong penduduk kampung dalam penentangan mereka terhadap pengambilan tanah.

Selepas bersara, beliau menubuhkan perniagaan ayam sejuk beku secara kecil-kecilan dan tetap menghargai kejayaan mereka dalam mendapatkan hak mereka.

Othman Manaf, 74, juga pernah menyertai demonstrasi itu. Bagaimanapun, sebagai penjawat awam, beliau terpaksa bersikap sederhana ketika itu, lantas menyumbang kepada jawatankuasa bertindak atas kapasiti sebagai setiausaha.

Menempoh usia persaraannya, dia berkebun untuk mendapatkan ketenangan.

Rawiyah mengait buah rambutan yang masak di hadapan rumahnya.

Anaknya, Yusof Sulaiman turut membantunya mengait rambutan.

Mohd Isa Ismail, seorang lagi penduduk kampung yang masih hidup, turut memperjuangkan tanah penduduk di Kampung Melayu Bumi Hijau.

Rawiyah dan Isa kini berpuas hati dengan kehidupan mereka, walaupun mereka akan terus mengingati dan merindui rumah yang dirobohkan di Kampung Melayu Bumi Hijau.