- Iklan -
AktivisPolitik06_Mnow_090823
Galeri

Daripada aktivisme ke dunia politik

Aktivis Dobby Chew dan S Arutchelvan memilih untuk terjun ke dunia politik dengan menawarkan diri bertanding dalam Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Seri Setia adalah sebuah DUN di Selangor dengan komposisi etnik yang terdiri daripada Melayu (54.13%), India (24.38%), Cina (19.70%), dan etnik lain (1.79%). Penduduk sekitar menikmati sarapan pagi di Kelana Jaya.

Kerusi Seri Setia menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Muda, dan calon bebas pada pilihan raya negeri 12 Ogos. Ahli jawatankuasa eksekutif pusat Muda dan calon bagi Seri Setia, Dobby Chew, telah terlibat dalam pelbagai bentuk aktiviti kemasyarakatan selama ini.

Dobby, yang memiliki ijazah sarjana dalam bidang undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, berkempen dan berinteraksi dengan pelanggan di sebuah restoran. Walaupun mewakili sebuah parti kecil, beliau berazam untuk berdiri bersama ahli politik lain dan membawa naratif politik baharu.

Ada yang sinis, ada juga yang memberi kata-kata semangat untuk terus berjuang dan berkhidmat kepada masyarakat. Semangat juangnya kekal kental meskipun mempunyai sumber yang terhad.

Seorang pelanggan membaca risalah yang memaparkan Dobby dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dobby, yang telah terlibat secara aktif dalam memperjuangkan hukuman mati dan anti-penyeksaan, mendengar isu tempatan dengan penduduk di kawasan itu, cuba mengumpul maklumat tentang isu yang memberi kesan kepada mereka dan masyarakat secara amnya.

Beliau mengedarkan risalah kempennya kepada beberapa orang yang berlegar-legar di sekitar tempat letak motosikal semasa sesi bertemu pengundi.

Dobby dijemput ke majlis minum petang di Kelana Jaya. Dia sempat menikmati kudapan yang disediakan sambil berinteraksi dengan pemimpin masyarakat yang hadir.

Beliau memperkenalkan diri kepada wakil masyarakat. Keempat-empat calon yang bertanding merebut kerusi DUN Seri Setia telah dijemput ke majlis itu, namun hanya dua daripada mereka dilihat hadir.

Calon Pakatan Harapan bagi DUN Seri Setia, Fahmi Ngah, memperkenalkan diri kepada hadirin.

Dobby mendengar dan mencatat pelbagai maklumat daripada para hadirin tentang keperluan dan isu yang dihadapi oleh penduduk di Kelana Jaya.

Di tempat lain, ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon Kajang, S Arutchelvan, juga sibuk berkempen. Di sini, poster Arul, aktivis akar umbi dan juga peguam, dilihat sebagai sebahagian daripada kempennya untuk Pilihan Raya Negeri ini.

Jentera PSM menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang memaparkan imej Arul semasa kempen mereka di Kajang. Kerusi itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, dan PSM.

Arul, graduan ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, melibatkan diri dalam politik sebagai platform yang lebih besar untuk menyuarakan isu masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri jika dipilih sebagai wakil rakyat. Di sini, Arul bersama beberapa ahli parti dilihat bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain untuk berkempen.

Arul bertemu penduduk dan mengedarkan risalah kempennya. Walaupun terkenal sebagai seorang aktivis untuk komuniti terpinggir, dieksploitasi dan tertindas, terutamanya pekerja estet, di negara ini, namun perjalanannya ke dalam dunia politik adalah sukar, penuh dengan pasang surut.

Beliau melawat seorang warga emas di Jalan Reko. Penduduk di kawasan berkenaan menerima arahan pengusiran, dan beliau telah memperjuangkan nasib mereka yang telah menetap di sini selama beberapa dekad.

Arul berjumpa dengan pemilik bengkel kereta. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berkempen, calon-calon akan berhabis-habisan, menawarkan aspirasi mereka kepada masyarakat sebelum tempoh berkempen tamat dan orang ramai akan mengundi pada 12 Ogos.