- Iklan -
HuluKelang12_Mnow_070823
Galeri

Pertembungan di Hulu Kelang

Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas menteri besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Juwairiya Zulkifli, setiausaha politik kepada Amirudin Shari.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin bergambar bersama calon gabungan itu untuk DUN Hulu Kelang, Gombak Setia dan Sungai Tua pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos di Selangor.

Mohamed Azmin Ali, bekas menteri besar Selangor, akan bertanding di kerusi Hulu Kelang.

Azmin beramah mesra bersama pelanggan di sebuah kedai makan sebagai sebahagian daripada kempen untuk mendekati pengundinya.

Bekas ahli parlimen Gombak itu tekun mendengar luahan daripada salah seorang pelanggan mengenai isu-isu yang dihadapi penduduk sekitar.

Aktiviti turun padang untuk bertemu pengundi adalah perkara terpenting dalam mana-mana kempen pilihan raya.

Azmin bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain di Hulu Kelang, menyapa seberapa seramai mungkin pengundi sebelum hari pengundian.

Menjelang malam, beliau sibuk dengan ceramah politik.

Acara sebegini akan berterusan sehingga tamat tempoh kempen selama dua minggu.
Acara sebegini akan berterusan sehingga tamat tempoh kempen selama dua minggu.
- Iklan -
Azmin mengangkat tangan bersama dua lagi calon Perikatan Nasional: Sasha Lyna Abdul Latif (dua kanan) yang bertanding kerusi Bukit Antarabangsa, dan Fazil Mohamad Dali atau lebih dikenali sebagai Ayah Che Ton (kiri), yang bertanding di Pandan Indah.

Azmin berucap di depan orang ramai, setiap perkataannya dirakam dan disiarkan secara langsung menerusi deretan telefon pintar di hadapannya.

Penonton memberi isyarat sebagai tanda sokongan semasa beliau meneruskan ucapan.

Seorang penunggang motosikal mengelilingi bulatan di Hulu Kelang yang dihiasi dengan bendera dan kain rentang yang memaparkan wajah dua pesaing, Azmin dan Juwairiya Zulkifli, setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Juwairiya juga tidak asing di kawasan itu, pernah berkhidmat sebagai Adun Bukit Melawati, jawatan yang disandangnya pada 2018.

Jejak kempennya termasuk mengadakan lawatan ke rumah ibu tunggal berpendapatan rendah.

Di tempat lain, dia beramah mesra dengan seorang wanita emas yang tinggal bersama tujuh ahli keluarga lain di rumah yang sempit.

Juwairiya meredah hujan renyai-renyai untuk bergerak dari blok ke blok pangsapuri kos rendah di Keramat.

Beliau juga melawat seorang lagi warga emas yang terlantar di atas katil kerana uzur.

Juwairiya ditemani jentera pilihan raya Pakatan Harapan meneruskan lawatan ke beberapa unit pangsapuri lain, mahu bertemu seberapa ramai pengundi sebelum hari pengundian.