- Iklan -
PRNselangor17_Mnow_010823
Galeri

Calon PRN Selangor mula dekati pengundi

Dua calon kerusi panas, Syed Ahmad Abdul Rahman dari Pakatan Harapan dan Sasha Lyna Abdul Latif dari Perikatan Nasional, mengambil langkah pertama untuk memenangi hati pengundi mereka.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Calon Pakatan Harapan Lembah Jaya, Syed Ahmad Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet, bersalaman dengan seorang penduduk Taman Mulia Jaya semasa lawatannya ke kawasan itu.

Penyanyi rap yang menyertai politik berinteraksi dengan beberapa penduduk di Taman Mulia Jaya.

Altimet berbual bersama penduduk Taman Mulia Jaya yang kebanyakannya Melayu, sambil diiringi oleh jentera Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Altimet beredar dari premis sambil menunggu program Jualan Rahmah bermula.

Penduduk sabar menunggu giliran untuk dipanggil bagi membeli barangan keperluan di program inisiatif Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga rendah.

Dua penduduk tersenyum selepas membeli keperluan asas seperti minyak masak, beras, dan telur.

Beberapa urus setia mengambil barangan keperluan yang dibeli daripada penduduk semasa program Jualan Rahmah.

Jentera pilihan raya menjalankan tinjauan untuk mengukur prestasi kerajaan negeri menggunakan maklum balas daripada penduduk.

Jentera pilihan raya yang berlogo Pakatan Harapan dan Barisan Nasional melakukan tinjauan kepuasan bagi mengukur prestasi kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Seorang sukarelawan Pakatan Harapan membaca beberapa soalan daripada borang tinjauan dan merekodkannya di platform Google Form secara dalam talian.

Di tempat lain, warga emas berbangsa Cina dari Kampung Baru di Ampang menjalani kehidupan mereka di Rumah Orang Tua Ampang. Beberapa penghuni sedang berehat di atas katil mereka.

Seorang wanita emas berjalan ke arah katilnya di rumah orang tua yang ditubuhkan pada tahun 1963. Sejumlah 50 lelaki dan wanita dari semua lapisan masyarakat menghuni rumah berkenaan.

Mereka menjalankan aktiviti harian secara berdikari seperti mencuci pakaian dan menjaga kebersihan persekitaran. Kadang-kadang mereka menonton TV di kantin.

Calon Perikatan Nasional Bukit Antarabangsa, Sasha Lyna Abdul Latif, melawat Rumah Orang Tua Ampang dan diberi taklimat oleh setiausahanya, Alice Chia.

Sasha Lyna menyapa beberapa orang penghuni lelaki semasa mereka berehat di bilik mereka.

Beliau duduk dan berbual dengan seorang penduduk wanita tua di salah sebuah bilik.

Seorang wanita berbual dengan Sasha Lyna.

Sasha Lyna melawat sebuah keluarga yang berkabung atas kehilangan ahli keluarga dan mengucapkan takziah. Masyarakat Cina di Kampung Baru berharap untuk mempunyai dewan khas untuk upacara pengebumian pada masa akan datang.