- Iklan -
Terrarium16_Mnow_310723
Galeri

Jana pendapatan daripada tumbuhan hiasan

Seorang pesara, Abdul Aziz Majid menjadikan lumut dan tumbuhan tidak bernilai lain sebagai hiasan dalam balang kaca atau terarium yang unik dan menarik perhatian umum.

Gambar oleh Djohan Shahrin

Abdul Aziz Majid menjual lumut untuk dijadikan hiasan tumbuhan hidup dalam bekas kaca yang menjadi sumber pendapatannya selepas bersara.

Lelaki berusia 61 tahun itu merayau-rayau ke ladang dan hutan, kadang-kadang menempuh perjalanan ratusan kilometer, untuk mencari lumut.

Octoblepharum adalah spesies lumut yang paling tahan lasak dan sering dijumpai di ladang dan hutan.

Dia membawa pulang beberapa bekas berisi lumut hasil cariannya.

Dia memilih dan mengklasifikasikan lumut yang diperolehnya.

Dia menggunakan berus untuk membuang tanah yang melekat pada permukaan dan memasukkannya ke dalam bekas.

Dia menyembur lumut tersebut untuk mengekalkan kelembapan dan memastikan kesegarannya.

Dia mengambil gambar lumut yang telah disusun kemas di dalam bekas menggunakan telefon pintar.

Dia mengiklankan gambar di platform media sosialnya. Stok lumut yang diperoleh biasanya habis dalam tempoh seminggu.

Seorang pelanggan setia mengunjungi Aziz di rumahnya di Balakong untuk membeli lumut. Setiap bekas dijual pada harga RM20, iaitu jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu RM40 hingga RM55.

Selain menjual lumut, Aziz juga membuat taman dalam bekas tertutup yang dikenali sebagai terarium. Di sini, Aziz dilihat memilih tanaman hiasan di tapak semaian, yang dipilih berdasarkan saiz bekas kaca yang ingin digunakan.

Dia juga mengusahakan tanamannya sendiri sebagai hiasan di rumah.

Dia menggunakan pokok asparagus sebagai hiasan di dalam bekas kaca. Selepas mengisi bekas dengan tanah hitam, dia menambah tumbuhan utama ke dalam bekas tersebut.

Lapisan kerikil atau batu halus diletakkan di dasar bekas kaca. Kerikil kecil berfungsi sebagai saliran air untuk akar tumbuhan.

Dia menambah lumut Octoblepharum dan menghiasinya di atas lapisan kerikil dan tanah yang diratakan.

Dia juga memasukkan tumbuhan parasit lain, yang kebanyakannya diabaikan sebagai tumbuhan hiasan, sekali gus memberi ia nafas baru.

Pelbagai bentuk dan saiz terarium disusun rapi oleh Aziz untuk dipamerkan di atas meja. Ia kelihatan seperti taman kecil tertutup.

Pengunjung berjalan di sekitar Festival Taman KL, yang mempamerkan pelbagai spesies bunga dan tumbuhan, termasuk taman dalam balang yang dihasilkan Aziz.

Aziz menguruskan gerai ekspo yang menjual terarium di festival itu sambil pelanggan meneliti pelbagai barangan yang dipamerkan.

Dua pelanggan meneliti lumut yang dijual dalam bekas sambil Aziz memberikan petua mengenai kaedah penjagaan lumut Octoblepharum.

Terarium, yang dijadikan sebagai hadiah dan hiasan rumah yang cantik, disusun di atas meja di pameran itu, lengkap dengan lampu meja yang meneranginya untuk membolehkan pengunjung mengagumi kecantikannya dari semua sudut.

Seorang pelanggan mendengar penerangan Aziz mengenai pemilihan terarium yang dipamerkan di pameran itu.